Ahli Parlimen Batang Lupar Meriahkan Rumah Terbuka Raya Penghulu Zon Beladin

Disiarkan pada 12 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS


BELADIN: Ahli Parlimen Batang Lupar Mohomad Shafizan Kepli hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2024 anjuran Penghulu Zon Beladin Mahbang Labek, pada Khamis.

Dalam kunjungan itu, beliau memberitahu, ziarah Aidilfitri mampu mengeratkan lagi hubungan antara pemimpin atasan dan pemimpin di peringkat akar umbi.

Beliau mengingatkan budaya seperti ini harus dipertahankan agar perpaduan di kalangan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama di negeri ini terus dipertahankan.

Dalam masa sama, beliau berkata, kunjungan sempena perayaan juga membolehkan wakil rakyat mengetahui permasalahan penduduk di kawasan.

Turut hadir, Ketua Kampung Hilir Beladin Awang Subhi Awang Halil, Ketua Kampung Hulu Beladin Mostapa Sli dan Ketua Kampung Tengah Naali Aie. -EDISI UKAS