Kunjungan Rumah Terbuka Tradisi Masyarakat Sarawak

Disiarkan pada 12 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS




MARUDI: Kunjungan rumah terbuka merupakan tradisi masyarakat tanpa mengira kaum di Sarawak.

 

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak Datuk Dr Penguang Manggil berkata, setiap perayaan sama ada Tahun Baru Cina, Hari Raya, Hari Gawai atau Krismas masyarakat Sarawak mengamalkan amalan ini untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara sesama.

 

“Program seperti ini juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara wakil rakyat, pemimpin masyarakat dengan masyarakat di peringkat akar umbi,” ujarnya. 

 

Beliau berkata demikian semasa melakukan kunjungan rumah terbuka bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri di sekitar Daerah Marudi pada Khamis.

 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi itu menambah, kepelbagaian bangsa dan agama menjadikan Sarawak amat unik di mana masyarakat dapat merayakan dan merasakan kehangatan sambutan setiap perayaan.

 

Turut hadir ialah Pemangku Pegawai Daerah Marudi Rose Edward Tarang dan Pengerusi Majlis Daerah Marudi Kaunselor Edward Mendai. -EDISI UKAS