Dato Sri Tiong King Sing Lakukan Kunjungan Sempena Hari Raya Aidilfitri

Disiarkan pada 12 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS



BINTULU: Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato Sri Tiong King Sing melakukan kunjungan rumah terbuka bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri di Bintulu pada Khamis.

 

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bintulu telah memulakan kunjungan rumah terbuka pada sekitar jam 9 pagi di Kampung Assyakirin dan Kuala Tatau.

 

Dalam pada itu, Dato Sri Tiong mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada umat Islam yang meraikannya dan beliau berharap masyarakat Bintulu dapat terus menerapkan nilai keharmonian, kepelbagaian dan toleransi sesama kita.

 

Turut hadir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak Iskandar Turkee. -EDISI UKAS