Ziarah Aidilfitri: Premier Sarawak & Isteri Kunjungi Rumah Terbuka Dato Sri Talat Mahmood

Disiarkan pada 11 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS
KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg serta isteri Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang memeriahkan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di kediaman mantan Peguam Besar Sarawak Dato Sri Talat Mahmood Abdul Rashid.

Ketibaan Premier Sarawak dan isteri pukul 8.15 malam telah disambut oleh Dato Sri Talat Mahmood dan keluarga di kediamannya di Jalan Bako, Kuching pada petang Khamis.

Dalam rumah terbuka itu, Premier Sarawak dan isteri turut menikmati juadah raya dengan pelbagai makanan dan minuman dihidangkan dalam rumah terbuka berkenaan.

Pada sebelah petang, Datuk Patinggi Abang Zohari telah mengunjungi Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali di Wisma SABATI serta Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok, Dato Ibrahim Baki di Hikmah Exchange. -EDISI UKAS