Projek Baik Pulih Rumah Panjang Thomas Balang Berjumlah RM80,000

Disiarkan pada 11 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS


NGEMAH: Projek Baik Pulih Rumah Panjang Rumah Panjang Thomas Balang, Nanga Ngungun, Kanowit dilaksanakan dengan bajet berjumlah RM80,000.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ngemah Anyi Jana berkata, projek tersebut dilaksanakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) Bahagian Sibu.

Menurut Anyi, projek baik pulih rumah panjang itu merupakan projek di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) DUN Ngemah bagi tahun 2023. 

Beliau berkata demikian dalam Majlis Perasmian Projek RTP Baik Pulih Rumah Panjang Thomas Balang, Nanga Ngungun, Kanowit pada Rabu.

Dalam majlis yang sama, ADUN Ngemah telah meluluskan geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) 2024 berjumlah RM63,000 kepada 12 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Sementara itu, JKKK Rumah Thomas Balang telah mendapat kelulusan geran MRP berjumlah RM8,000 dan RM5,000 bagi setiap 11 buah JKKK lain yang hadir. -EDISI UKAS