Premier Sarawak Meriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri Datuk Sharifah Hasidah 

Disiarkan pada 11 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS


KUCHING: Masyarakat pelbagai kaum, agama dan bangsa memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 2024 Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali dan suaminya Dato Syeed Mohd Hussein Wan Abdul Rahman di sini hari ini.

Majlis rumah terbuka yang berlangsung di Wisma SABATI, Jalan Bako di sini turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg serta isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma'ani Tun Tuanku Bujang.

Sebelum ketibaan Datuk Patinggi Abang Zohari dan isteri, Timbalan Perdana Menteri Dato' Sri Fadillah Yusof yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya bersama wakil-wakil rakyat yang lain turut hadir ke majlis rumah terbuka Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samariang itu.

Dalam majlis tersebut, pelbagai juadah makanan dihidangkan kepada tetamu yang hadir. -EDISI UKAS