Kerja Penyelenggaraan Jalan Siew Bakong Telah Siap Sepenuhnya

Disiarkan pada 11 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS

MERADONG: Kerja-kerja penyelengaraan Jalan Siew Bakong telah siap sepenuhnya dalam masa satu minggu bagi memudahkan orang awam menggunakan jalan tersebut.

Terdahulu, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam merangkap Ahli Parlimen Sarikei Dato’ Sri Huang Tiong Sii telah bertindak serta-merta untuk membaiki kerosakan jalan di Jalan Siew Bakong setelah dimaklum penduduk sekitar mengenai kerosakan tersebut. 

Dalam pada itu, Pasukan Pusat Khidmat P.208 Sarikei diketuai wakil beliau Gung Chiu Kiong telah mengambil inisiatif bersama Jurutera Majlis Daerah Meradong dan Julau (MDMJ) telah turun padang bagi membuat tinjauan pada Rabu.

Hasil tinjauan mendapati bahawa jalan tersbut telah tenggelam akibat kerosakan 'culvert'.

Oleh itu, Dato’ Sri Huang berpuas hati kerana kerja penyelenggaraan jalan telah siap dalam masa satu minggu dan merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak MDMJ atas kerjasama dan komitmen yang diberikan.

Rakyat setempat turut menzahirkan penghargaan kepada Dato’Sri Huang kerana sentiasa mengambil berat terhadap rakyat. -EDISI UKAS