Enam Projek Naik Taraf Jalan Di Meradong Diluluskan

Disiarkan pada 11 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS

MERADONG: Enam projek naik taraf jalan telah diluluskan melalui Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) di daerah Meradong untuk memperkukuhkan kemudahan asas di luar bandar agar rakyat dapat menikmati kemudahan yang lebih baik.

Pasukan Pusat Khidmat P.208 Sarikei yang diketuai Gung Chiu Kion yang mewakili Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Datoʼ Sri Huang Tiong Sii bersama Penolong Jurutera Majlis Daerah Meradong dan Julau (MDMJ) Churchil Barrak telah membuat tinjauan ke enam tapak projek di sekitar Meradong. 

Pada masa yang sama, Gung Chiu telah menyaksikan Majlis Penyerahan Tapak Projek RTP kepada pihak kontraktor pada Selasa.

Antara lokasi luar bandar yang terlibat adalah Jalan Fun Lin Hou Sungai Labas, Jalan Lorong 9 Sungai Labas, Jalan Sing Tung Kwong Sungai Padi, Jalan Kong ING Chii Sungai Padi, Jalan Wong Hung King Sungai Narasit dan Jalan Sang Ling Sungai Narasit.

Rakyat setempat berasa gembira terhadap kerja naik taraf jalan raya ke jalan konkrit dan merakamkan terima kasih kepada Dato’Sri Huang Tiong Sii kerana usaha tersebut mereka dapat menikmati jalan raya yang lebih selamat dan baik. -EDISI UKAS