SARIKEI: Sebanyak 29 sekolah di kawasan Sarikei menerima cek Projek Kecil Luar Bandar (MRP) dalam satu majlis di Pusat Khidmat N.45 Repok, baru-baru ini.
Majlis penyerahan cek MRP tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam merangkap Ahli Parlimen Sarikei, Dato’ Sri Huang Tiong Sii.
Berucap ringkas dalam majlis itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok memberitahu, dana MRP yang disalurkan adalah langkah penting bagi memastikan kejayaan pendidikan anak-anak di konstituensi tersebut.
Jelasnya, beliau yakin peruntukan tersebut akan dimanfaatkan sebaik mungkin bagi kepentingan pelajar dan sekolah.
"Kejayaan anak-anak dalam pendidikan merupakan hasil usaha bersama semua pihak.
"Saya menghargai usaha dan dedikasi yang ditunjukkan oleh semua pengetua dan pentadbir sekolah dalam memastikan kejayaan generasi akan datang," katanya.
Beliau menambah, antara penerima cek MRP tersebut adalah SMK Tinggi Sarikei, SJK Su Kwong, SJK St Martin, SJK Su Lok, SMK St Anthony, SMK Sungai Paoh, SMK Bandar Sarikei, SJK Sze Lu, SJK Su Hing, SJK Wah Man, SJK Siung Hua, SJK Bulat, SK Methodist Anglo Chinese, SK Sungai Paoh, SJK Tiong Ho, SJK Su Lee, SK Tanah Putih, SK Sungai Petai, SJK Chung Hien, SJK Hua Kee, SJK Su Tak, SJK Sing Ming, SJK Hua Nam, SJK Kwang Chien, SJK Minar, SJK Su Ming, SJK Ming Tak, SK St Anne dan Su Lok Kindergarten. -EDISI UKAS