Dato Sri Julaihi Tunaikan Solat Sunat Aidilfitri Di Masjid Darul Aman Sebangan

Disiarkan pada 10 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS


SEBUYAU: Menteri Utiliti dan Telekomunukasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi menyempurnakan solat sunat Aidilfitri di Masjid Darul Aman Sebangan sempena 1 Syawal hari ini.

Solat sunat Aidilfitri berkenaan dipimpin oleh Imam Masjid Darul Aman Sebangan Ahab Hapani di mana jemaah yang hadir diperdengarkan dengan khutbah yang bertajuk  ‘Merayakan Kejayaan, Meraih Ketaqwaan’.

Penyampai khutbah, Yaman Madian mengingatkan bahawa Aidilfitri bukanlah penamat bagi umat Islam untuk meninggalkan ibadat yang diamalkan pada bulan Ramadan.

Sebaliknya, Hari Raya Aidilfitri merupakan momen terbaik untuk umat Islam memaafkan kesalahan orang lain di sampung menjadi peluang kepada mereka untuk memohon kemaafan daripada orang lain.
 
Sambutan Aidilfitri juga merupakan hari untuk bergembira dan bersyukur atas  kurniaan Allah SWT dalam usaha  mengukuhkan lagi persaudaraan, kasih sayang dan perpaduan  sesama umat.

Turut hadir, Pegawai Daerah Sebuyau Ayuradiman Bujang dan Pemanca Masyarakat Melayu Daerah Sebuyau Asli Yahya. -EDISI UKAS