Pasukan Pearl Town Johan Tebedu Challenge Cup 2024

Disiarkan pada 04 Aug 2024
Sumber Berita: UKAS


TEBEDU: Pasukan Pearl Town menamatkan Kejohanan Bolasepak Tebedu Challenge Cup 2024 penuh bergaya apabila dinobatkan sebagai juara selepas menewaskan KMPA Unity dengan 3-0 dalam aksi final yang melabuhkan tirainya pada Ahad.

Kemenangan tersebut sekali gus membolehkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM2,000 dan piala.

Sementara itu KMPA Unity yang akur di tempat kedua turut menerima habuan wang tunai RM1,000 dan trofi.

Manakala tempat tiga disandang pasukan Entukuh dan Highlander.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan Ahli Parlimen Serian, Dato Sri Richard Riot Jaem.

Kejohanan Bolasepak Tebedu Challenge 2024 yang bermula pada 7 Julai lalu, menerima penyertaan sebanyak 32 buah pasukan dari kampung dalam kawasan DUN Tebedu.

Dato Sri Richard Riot dalam kesempatan itu mengucap tahniah dan syabas kepada Lawe United, belia dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Temong Mawang atas kejayaan menganjurkan kejohanan itu pada kali ini.

Beliau berharap, kejohanan ini akan diteruskan pada tahun hadapan dalam skala yang lebih besar. -EDISI UKAS