KMKK Perlu Bijak Tangani Masalah Penduduk

Disiarkan pada 09 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS


PANTU: Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) yang telah dilantik perlu bijak menangani masalah penduduk di bawah kawasan seliaan masing-masing. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan, Datuk Mong Dagang memberitahu, KMKK pada masa ini tidak boleh hanya bijak menguruskan pentadbiran tetapi perlu bijak menyelesaikan masalah rakyat di bawah jagaan mereka. 

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Perasmian Seminar Pembinaan Kapasiti Pemimpin Akar Umbi di sini pada Selasa. 

Tambah beliau lagi, KMKK perlu mengekalkan etika tadbir urus yang tinggi dengan tidak melantik orang yang tidak berkredibiliti memegang jawatan penting. 

Turut hadir, Timbalan Residen Bahagian Sri Aman Charlie Keling dan Pegawai Daerah Pantu Langgong Wasam. -EDISI UKAS