107 KMKK Sertai Seminar Pembinaan Kapasiti Pemimpin Akar Umbi

Disiarkan pada 09 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS


PANTU: Seramai 107 Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) telah hadir menyertai Seminar Pembinaan Kapasiti Pemimpin Akar Umbi anjuran Pejabat Daerah Pantu. 

Seminar yang berlangsung di Dewan Sri Pantu pada Selasa itu bertujuan untuk meningkatkan kefahaman urus tadbir dalam kalangan KMKK khususnya di kawasan Pantu. 

Antara intipati seminar termasuklah ceramah mengenai bantuan bulanan kebajikan dan Kenyalang Gold Card (KGC), ceramah mengenai depresi serta ceramah fahami tadbir urus KMKK. 

Selain meningkatkan kefahaman tadbir urus, seminar pada kali ini juga bertujuan untuk memberi kesedaran mengenai integriti, profesionalism dan semangat kerjasama. 

Hadir sama, Pegawai Daerah Pantu Langgong Wasam. -EDISI UKAS