ADUN Meradong Adakan Perjumpaan Khas Bersama Agensi Pelaksana Projek RTP

Disiarkan pada 09 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS
BINTANGOR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong telah mengadakan perjumpaan khas bersama agensi-agensi pelaksana projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) DUN Meradong di Pusat Khidmat DUN Meradong pada Isnin.
 
Antara agensi yang hadir ialah Majlis Daerah Meradong dan Julau (MDMJ), Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Sarikei, Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Bahagian Sarikei dan Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) Bahagian Sarikei.
 
Dalam perjumpaan tersebut, Datuk Ding dimaklumkan perkembangan mengenai skop kerja projek itu sebelum proses cabutan undi projek RTP dilaksanakan melalui agensi pelaksana berkenaan.
 
Selain itu, beliau juga mendapatkan status kemajuan terkini projek pembangunan yang telah dicadangkan dan diluluskan untuk dilaksanakan oleh agensi pelaksana projek yang telah ditetapkan.
 
Datuk Ding juga mengingatkan agensi pelaksana supaya komited dalam melaksanakan projek demi manfaat rakyat secara keseluruhannya. -EDISI UKAS