Ahli Parlimen Tanjong Manis Salur Bantuan Awal Kepada Mangsa Kebakaran

Disiarkan pada 02 Aug 2024
Sumber Berita: UKAS








BELAWAI: Prihatin dengan musibah yang dihadapi keluarga mangsa-mangsa kebakaran, Ahli Parlimen Tanjong Manis, Ir Yusuf Abdul Wahab berkesempatan menziarahi mereka di tapak kejadian di Kampung Belawai.

Dalam lawatan itu, beliau telah menyalurkan bantuan wang tunai dan barangan keperluan harian kepada keluarga mangsa.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam
membantu keluarga mangsa berkenaan.

Bagi mengelak kejadian berulang, Ir Yusuf berpesan agar semua penduduk di kampung berkenaan sentiasa mengutamakan keselamatan sama ada di dalam dan luar kediaman masing-masing. -EDISI UKAS