SUBIS: Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak) hadir menyerikan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Subis pada Rabu.
Majlis yang diadakan di Masjid Darul Makmur, Kampung Tanjung Berlipat itu turut disertai oleh seramai 10 peserta iaitu lima lelaki dan lima wanita.
Dalam Majlis Tilawah Al-Quran tersebut johan bagi Kategori Qari dirangkul oleh Azmi Ismail manakala johan Qariah dimenangi oleh Nazirah Jabri.
Mereka membawa pulang sijil beserta wang tunai.
Hadir sama mengimarahkan majlis tersebut, Pegawai Daerah Subis Norlila Ulis mewakili Residen Bahagian Miri Nora Shafia Muhiyuddin, Setiausaha Politik Kepada Premier Sarawak Sharkawi Suhaili dan Pemanca Daerah Subis Dr Ali Mudin.-EDISI UKAS