Tonia Kisi Dinobatkan Juara Dayung Sikora REDEEMS 2024

Disiarkan pada 29 Jul 2024
Sumber Berita: UKAS



BAU: Tonia Kisi yang berusia 24 tahun dari Kampung Stass di sini dinobatkan sebagai ratu cantik dalam Pertandingan Dayung Sikora REDEEMS 2024 Edisi ke-16, baru-baru ini.

Menerusi kemenangan itu, Tonia yang juga seorang chef membawa pulang wang tunai sebanyak RM2,500, trofi, selempang, hamper dan sijil penyertaan.

Manakala naib johan disandang oleh Farissa Angel Freddie dari Kampung Tembawang Sauh dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM2,000, trofi, selempang, hamper dan sijil penyertaan.

Tempat ketiga pula dimenangi oleh Angela Tugau dari Kampung Semukoi Serian dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM1,500, trofi, selempang, hamper dan sijil penyertaan.

Sementara pemenang tempat keempat menerima hadiah wang tunai sebanyak RM1,000 berserta hamper dan sijil penyertaan.

Tidak ketinggalan, pemenang tempat kelima membawa pulang wang tunai sebanyak RM700, hamper dan sijil penyertaan, sementara pemenang saguhati menerima wang tunai RM350, hamper dan sijil penyertaan.

Dalam pada itu, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg semasa majlis perasmian Karnival Gawai REDEEMS Ke-16 pada Sabtu lepas
menyatakan sokongan penuh beliau untuk menjadikan REDEEMS sebagai pusat Pesta Kebudayaan pada masa hadapan.-EDISI UKAS