Sesi Raptai Ekspo Pendidikan Sarawak Daerah Sebuyau Berjalan Lancar

Posted on 27 Jul 2024
Source of News: UKAS

SEBUYAU: Sesi raptai sempena Ekspo Pendidikan Sarawak Peringkat Daerah Sebuyau Tahun 2024 yang berlangsung esok berjalan lancar pada Jumaat.

Raptai yang diadakan pada jam 2.30 petang di Dewan Pembangunan Sebuyau itu diketuai oleh Pegawai Daerah Sebuyau, Ayuradiman Bujang.

Pelbagai aktiviti akan diadakan pada ekspo kali ini antaranya sesi kaunseling, sesi bimbingan, pendaftaran kemasukan ke institusi, pameran dan penyampaian hadiah pelajar cemerlang SPM 2023.

Ekspo Pendidikan Sarawak anjuran Yayasan Sarawak ini akan diadakan secara serentak di semua daerah membabitkan 43 lokasi seluruh negeri ini pada 27 Julai 2024.

Ianya bertujuan menyediakan landasan untuk pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) mengenai peluang pendidikan yang ditawarkan di institusi di bawah Yayasan Sarawak.

Untuk makluman, amanat dan pelancaran Ekspo Pendidikan Sarawak akan disempurnakan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg di Kolej Universiti i-CATS yang akan disaksikan di semua daerah secara dalam talian.

Turut hadir majlis perasmian nanti iaitu Menteri Utiliti dan Telekomunukasi Sarawak merangkap ADUN Sebuyau, Dato Sri Julaihi Narawi.-EDISI UKAS