Raptai Ekspo Pendidikan Sarawak Peringkat Daerah Samarahan Berjalan Lancar

Posted on 27 Jul 2024
Source of News: UKAS


KOTA SAMARAHAN: Sesi raptai bagi Ekspo Pendidikan Sarawak Peringkat Daerah Samarahan telah diadakan di Dewan Institut Latihan Perindustrian Kota Samarahan (ILPKS), Samarahan, hari ini, berjalan lancar.

Pelbagai aktiviti akan diadakan pada ekspo kali ini antaranya sesi kaunseling, sesi bimbingan, pendaftaran kemasukan ke institusi, pameran dan penyampaian hadiah pelajar cemerlang SPM 2023.

Ekspo Pendidikan Sarawak anjuran Yayasan Sarawak ini akan diadakan secara serentak di semua daerah membabitkan 43 lokasi seluruh negeri ini pada 27 Julai 2024.

Objektif program bertujuan menyediakan landasan untuk pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) mengenai peluang pendidikan yang ditawarkan di institusi di bawah Yayasan Sarawak.

Untuk makluman, amanat dan pelancaran Ekspo Pendidikan Sarawak akan disempurnakan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg di Kolej Universiti i-CATS yang akan disaksikan di semua daerah secara dalam talian.

Manakala, pelancaran di peringkat daerah akan diadakan serentak sejurus selepas pelancaran oleh Premier Sarawak nanti.-EDISI UKAS