Jalan Kampung Batu Gong Lama Siap Selepas Hari Raya

Disiarkan pada 09 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS


SIBURAN: Projek menaik taraf jalan di Kampung Batu Gong Lama di sini dijangka siap sepenuhnya selepas Hari Raya Aidilfitri ini.

Projek tersebut menelan perbelanjaan berjumlah RM300,000 melalui dana projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Mambong.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Serian memberitahu, pihaknya amat berpuas hati dengan kerja-kerja menaiktaraf jalan tersebut.

Sehubungan dengan itu, projek tersebut berjaya dilaksanakan dengan baik serta siap lebih awal dari ketetapan tarikh dengan kini mencecah 95 peratus siap.

Turut hadir, Pegawai Tadbir Khas kepada Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak (Jalan & Udara) Keron Mapus dan Tuai Rumah Kampung Batu Gong Lama Lapok. -EDISI UKAS