ADUN Sebuyau Hadiri Majlis Ziarah Ramadan Di Segali

Disiarkan pada 09 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS


SEBUYAU: Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi telah hadir menyantuni penduduk di Kampung Sagali pada Isnin.

Dalam majlis tersebut, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau telah menyempurnakan  penyampaian sumbangan wang tunai  bagi menyambut Aidilfitri yang akan tiba.

Dalam kesempatan itu juga, beliau turut menyempurnakan penyampaian bubur pedas, kurma dan bakul makanan kepada 20 penerima golongan asnaf.  

Hadir sama, wakil Pejabat Daerah Sebuyau Ajis Ahmad dan Ketua Masyarakat Kampung Segali Abu Bakar Abdul Wahab. -EDISI UKAS