ADUN Murum Rasmi Mesyuarat Agung Tri-Tahunan JTAC

Disiarkan pada 08 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS


BINTULU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum, Kennedy Chukpai Ugon berkesempatan merasmikan Mesyuarat Agung Tri-Tahunan Jelalong Tubau Action Committee (JTAC) yang diadakan di Lihua Hotel Bintulu Sentral pada Sabtu.

Dalam mesyuarat itu, beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada JTAC yang sentiasa komited menjadi wakil suara dan platform untuk mempersatukan serta membangun masyarakat di Jelalong-Tubau.

“Semoga kepimpinan JTAC terus bergerak maju dan berjaya dalam menggalas tugas serta tanggungjawab untuk kemakmuran dan kesatuan masyarakat keseluruhannya,” jelasnya.-EDISI UKAS