Ahli Parlimen Batang Lupar Serah Sumbangan Kepada 200 Asnaf

Disiarkan pada 08 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS


PUSA: Ahli Parlimen Batang Lupar, Mohamad Shafizan Kepli telah menyalurkan sumbangan kepada 200 golongan Asnaf di Masjid Al Amin Beladin, Pusa pada Sabtu. 

Dalam majlis penyerahan sumbangan itu, beliau menyatakan akan berusaha untuk merancang pembangunan serta memastikan pembangunan yang dibuat mendapat manfaat daripada penduduk setempat khususnya di kawasan Daerah Pusa.

“Kita juga akan memastikan  pembangunan seimbang dan selari dengan modal insan agar penduduk di kawasan ini menjadi penduduk yang mempunyai sahsiah tinggi selaras dengan perkembangan semasa,” ujarnya. 

Dalam pada itu, beliau memberitahu kepada anak agar mempunyai ilmu pengetahuan tidak kira dalam bidang apa pun, kerana tanpa ilmu mereka akan ketinggalan.

“Oleh itu, saya akan memastikan taraf pendidikan di kawasan ini terus maju serta kerjasama sekolah, ibu bapa amat diperlukan. 

“Hanya pendidikan sahaja mampu mengubah kehidupan di masa hadapan," tambahnya. 

Hadir sama Penghulu Zon Beladin, Pusa Mahbang  Labek, Ketua Kampung Tengah Beladin, Pusa Naali Aie serta tetamu lain.-EDISI UKAS