200 Asnaf Terima Sumbangan Dari Ahli Parlimen Batang Lupar

Disiarkan pada 08 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS


PUSA: Seramai 200 orang dari golongan asnaf telah menerima sumbangan daripada Ahli Parlimen Batang Lupar, Mohamad Shafizan Kepli di Masjid Darul Mualimin, Kampung Maludam, Pusa pada Ahad.

Mohamad Shafizan berkata dengan adanya bantuan ini, ianya dapat membantu asnaf yang kurang berkemampuan dan mengurangkan beban ditanggung mereka.

“Terdapat 1,000 jumlah penerima sumbangan yang saya sampaikan untuk seluruh kawasan Batang Lupar,” jelasnya. 

“Saya mengingatkan supaya kita semua berhemah dalam berbelanja serta mensyukuri Syawal setelah satu bulan kita mengerjakan ibadah puasa,” katanya. 

Hadir sama Penghulu Kawasan Maludam Pusa, Mahli Ismail, Ketua Kampung Hulu Maludam, Pusa Hap Aling serta tetamu lain.-EDISI UKAS