Turut mengiringi beliau ialah isterinya, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi.
Dalam pada itu, pelbagai pengisian istimewa dikongsi dalam majlis tersebut seperti tayangan video yang memaparkan peristiwa penting kehidupan Sultan Ibrahim, antaranya detik Seri Paduka Baginda diputerakan pada 22 November 1958.
Video istimewa Diraja Sultan Ibrahim dengan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah pada 22 September 1982 juga ditayangkan.
Turut berangkat ke majlis santapan itu ialah Sultan Hassanal Bolkiah dan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha serta Raja Bahrain Sheikh Hamad Isa Al Khalifa.
Majlis tersebut juga dihadiri oleh Raja-Raja Melayu dan Yang di-Pertua Negeri-Negeri.
Sultan Ibrahim telah melafaz sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Januari lalu. -EDISI UKAS