ADUN Tanjung Batu Adakan Majlis Berbuka Puasa Di Bintulu

Disiarkan pada 07 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS



BINTULU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu Johnny Pang dan Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Batu mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama Ketua-ketua Kaum dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Majlis tersebut disertai oleh penduduk dari Kampung Assyakirin Fasa 1, 2, 3 dan Kampung Jabai bertempat di Hotel Riverfront, Bintulu pada Sabtu.

Semasa berucap, Johnny berkata, suasana majlis tersebut amat meriah dengan kehadiran penduduk setempat bersemangat menyambut Ramadan. 

"Harapan saya agar program ini dapat mengeratkan silaturahim dalam kalangan penduduk kampung, ketua kaum dan masyarakat setempat," ujarnya.

Katanya lagi, majlis seumpama itu mampu mengukuhkan hubungan dan kerjasama antara beliau dan penduduk di kawasannya, justeru harus dikekalkan untuk kebaikan bersama. -EDISI UKAS