Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi & Isteri Hadir Ke Majlis Persantapan Hari Keputeraan Sultan Brunei

Disiarkan pada 17 Jul 2024
Sumber Berita: UKAS







BANDAR SRI BEGAWAN: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Ja’afar dan isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi hadir ke Majlis Persantapan sempena sambutan ulang tahun ke-78 Hari Keputeraan Kebawah Duli Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah.

Turut hadir sama dalam majlis santapan itu ialah Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi.

Majlis tersebut merupakan program terakhir untuk sesi lawatan Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah kali ini di Brunei Darussalam.

Program beliau diteruskan dengan kunjungan ke Kuala Lumpur selama empat hari bersempena Majlis Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim. -EDISI UKAS