Ahli Parlimen Tanjong Manis Sumbang 5,776 Kuih Raya Kepada Ketua Isi Rumah

Disiarkan pada 07 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS

 
SARIKEI: Ahli Parlimen Tanjong Manis Ir Yusuf Abd Wahab telah menyumbangkan sebanyak 5,776 kuih raya kepada ketua isi rumah dalam kawasan Parlimen Tanjong Manis meliputi konstituensi Kuala Rajang dan Semop.
 
Menurutnya, semua kuih raya tersebut akan diagihkan melalui Ketua-ketua kaum di kawasan masing-masing dengan sumbangan kuih raya tersebut adalah sebagai satu tanda ingat dan tulus ikhlas beliau kepada rakyat di dalam kawasan Parlimen Tanjong Manis.
 
“Saya berharap dengan sumbangan ini dapat menceriakan suasana hari raya yang bakal disambut tidak lama lagi,” ujarnya.
 
Di samping itu, beliau juga berpesan kepada mereka yang pulang ke Kampung masing-masing agar berhati-hati dijalanraya dan memastikan kenderaan dalam keadaan baik.
 
Beliau telah hadir semasa penyerahan kuih-kuih raya tersebut kepada Ketua-Ketua Kaum di Dewan Serbaguna Kampung Seberang Sarikei bagi ZON Sarikei.
 
Sebelum ini pada Sabtu lepas, Ir Yusuf juga turut sama-sama menyerahkan kuih raya di kawasan Zon Tanjung dan Pulau Bruit. -EDISI UKAS