Penggunaan Digital Penting Tingkatkan Taraf Hidup

Disiarkan pada 07 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS

 
KAPIT: Penggunaan teknologi digital disifatkan penting pada masa kini sebagai usaha meningkatkan taraf hidup dari segi ekonomi dan pertanian.
 
Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong berkata, penduduk daripada pelbagai lapisan masyarakat harus mengadaptasikan digitalisasi dalam kehidupan seharian yang kini digunakan dalam pelbagai perkara.
 
“Malahan zaman sekarang berperang pun menggunakan digital. Betapa dunia sekarang menggunakan teknologi digital dalam semua perkara,” jelasnya demikian ketika berucap dalam Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Veteran ATM Cawangan Kapit Yang Ke 33 Tahun 2024 di sebuah hotel pada Sabtu.
 
Dalam perkembangan lain, Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia Cawangan Kapit memohon agar bayaran pencen pesara tentera dapat dinaikkan.
 
Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Cawangan Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia Cawangan Kapit Cr Martin Bilun.
 
Datuk Wilson Ugak berkata isu itu akan dikemukakan kepada pihak bertanggungjawab untuk tindakan lanjut.
 
Di majlis tersebut, Datuk Wilson menyumbangkan Dana sebanyak RM20,000 kepada Tabung Persatuan Veteran Angkatan Tentera setelah mendapat permintaan daripada CR Martin -EDISI UKAS