LINGGA: Agensi Pembangunan Sri Aman (SADA) telah meluluskan sebanyak 69 jumlah projek setakat Jun 2024.
Pelbagai projek pembangunan yang merangkumi pembangunan infrastruktur, pertanian, ekonomi dan sosial dilaporkan telah menelan perbelanjaan berjumlah RM1.3 bilion.
Selain itu, SADA turut mengumumkan tiga projek baharu di Lingga dalam mesyuarat Jawatankuasa Pemandu SADA Bilangan 2 iaitu Kompleks Sukan Daerah Lingga, Dewan Simposium Batang Lupar dan Kawasan Rehat dan Rawat di Jambatan Batang Lupar 2.
Perkara tersebut diumumkan dalam Program Jerayawara SADA yang berlangsung di Dewan Nangkau, Stumbin baru-baru ini.
Hadir menyempurnakan program tersebut ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor.
Dalam program yang sama, turut diadakan sesi dialog kepada masyarakat Stumbin bagi mendengar luahan dan aduan mereka samada dari segi pertanian, ekonomi, atau sosial di kawasan masing-masing.
Turut hadir Pegawai Tadbir Khas SADA Datu Indit Bangai, Pegawai Daerah Lingga Frank Lani serta tetamu kehormat yang lain. -EDISI UKAS