Usaha Libat Urus RECODA & URDA Bersama USM Tingkatkan Keselamatan Makanan Tempatan

Disiarkan pada 12 Jul 2024
Sumber Berita: UKAS




KEDAH: Usaha libat urus Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) dan Agensi Pembangunan Ulu Rajang (URDA) bersama Universiti Sains Malaysia (USM) dapat meningkatkan keterjaminan keselamatan makanan tempatan.

Pada hari pertama program berkenaan, rombongan RECODA dan URDA bersama USM melihat sendiri projek komuniti di Pulau Pinang dan Baling, Kedah yang melibatkan penternakan ikan air tawar, kultur tisu pokok tin dan penanaman padi dalam polibeg.

Inisiatif ini berpotensi dalam membantu usaha meningkatkan keselamatan bekalan makanan tempatan agar ianya dapat diaplikasikan kepada Sarawak kelak.

Dalam pada itu, ianya juga membuka peluang pendapatan yang mampan untuk usahawan yang sekaligus akan meningkatkan kualiti hidup komuniti luar bandar di Sarawak. -EDISI UKAS