200 Golongan Memerlukan Di Zon Matang Terima Sumbangan Aidilfitri

Disiarkan pada 06 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS


KUCHING: Seramai 200 penerima daripada kawasan Zon Matang menerima sumbangan Aidilfitri.
 
Majlis penyampaian sumbangan tersebut telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman di Masjid Al-Abyad, Taman Matang Jaya, pada Sabtu.
 
Menurut beliau, program ini merupakan satu acara yang bermakna dan penuh dengan nilai-nilai kebaikan dengan melibatkan sumbangan kepada golongan yang memerlukan untuk persiapan menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri.
 
Dalam pada itu, beliau berharap sumbangan berkenaan terus memberi manfaat kepada masyarakat dan memperkukuhkan hubungan silaturahim di kalangan penduduk kampung. -EDISI UKAS