​​​​​​​Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Terima Kunjungan Hormat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman

Disiarkan pada 11 Jul 2024
Sumber Berita: UKAS




KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi menerima kunjungan hormat daripada anggota-anggota Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (SPK) di Astana Negeri Sarawak pada Khamis. 

Kunjungan hormat tersebut telah diketuai oleh Hakim Besar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak, Tan Sri Dato' Abdul Rahman Sebli.

Sementara itu, melalui satu kenyataan media yang dikeluarkan SPK, kunjungan hormat tersebut bertujuan untuk mempersembah maklum mekanisme secara pentadbiran bagi pelantikan Pesuruhjaya Kehakiman di Sabah dan Sarawak yang perlu mendapatkan perkenan dan Yang di-Pertua Negeri Sarawak dan Yang di-Pertua Negeri Sabah berdasarkan pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA 63). 

Kunjungan hormat hari ini merupakan kunjungan hormat pertama Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman sejak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak ke-8.

Hadir sama Mantan Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Datuk Suriyadi Halim Omar, Mantan Peguam Besar Negeri Sarawak Datu Abdul Razak Tready, Setiausaha SPK Salinah Ismail serta Ketua Penolong Setiausaha Kanan (Dasar & Pelantikan) SPK, Mohd Izwan Osman. -EDISI UKAS