IPD Lubok Antu Anjur ‘Community Policing’

Disiarkan pada 06 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS


LUBOK ANTU: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lubok Antu telah mengadakan Program ‘Community Policing’ dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) Lubok Antu di Wong Merah, Panjai Ruai, Lubok Antu, pada Sabtu.

Program itu diadakan bersempena sambutan peringatan Hari Polis yang ke-217 Tahun 2024.

Aktiviti yang diadakan sepanjang program tersebut termasuk gotong-royong kerja pembersihan bagi menerapkan nilai cinta terhadap alam sekitar.

Turut hadir, Pegawai Daerah Lubok Antu, Richard Ngumbang, Pegawai Tadbir Khas (PTK) kepada Timbalan Menteri MINTRED, Jack Meredan serta yang lain. -EDISI UKAS