ADUN Tanjong Batu Hadiri Majlis Berbuka Puasa Bersama 30 JKKK

Disiarkan pada 06 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS



BINTULU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Batu Johnny Pang Leong Ming telah meluangkan masa untuk menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama 30 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di sini pada Jumaat. 

 

Difahamkan, 30 JKKK yang terlibat termasuk dari Kampung Assyakirin Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan JKKK Kampung Jabai. 

 

Dalam pada itu, Johnny Pang turut berkesempatan menyampaikan kad ucapan Hari Raya daripada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Johari Tun Abang Haji Openg kepada keempat-empat ketua kampung tersebut. 

 

Katanya, majlis sebegini diharapkan dapat mengeratkan lagi silaturahim antara 4 buah kampung tersebut. 

 

Beliau turut mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua yang menyambutnya dan berharap semoga hari raya tahun ini disambut dalam keadaan yang meriah. -EDISI UKAS