KIR Terjejas Ekoran Jambatan Runtuh Di Kampung Segu Bunuk Terima Bantuan

Disiarkan pada 06 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS


PADAWAN : Penduduk yang terjejas akibat kejadian jambatan runtuh di Kampung Segu Bunuk telah mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Bantuan yang disalurkan merupakan bantuan bakul makanan kepada 12 Ketua Isi Keluarga (KIR) dan 73 orang ahli KIR lain yang turut terjejas ekoran insiden tersebut. 

Menurut Ketua Kaum Kampung Segue Bunuk, Cassidy Teka, insiden kejadian jambatan runtuh telah berlaku pada 1 April pada jam 8.12 pagi. 

Lebih teruk, jambatan tersebut adalah satu-satunya jalan ke kawasan tersebut dan tiada jalan alternatif lain. 

Penyerahan bakul makanan tersebut telah disempurnakan oleh Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Bahagian Kuching Mohammad Omar Qaiyum Yahya. 

Turut hadir Penolong Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Kecil Padawan Paul Mathiues Akin dan wakil Pejabat Daerah Kecil Padawan Sinja. -EDISI UKAS