Karnival Piala YB Dato Sri Roland Sagah Wee Inn Berlangsung 10 Ogos Ini

Disiarkan pada 08 Jul 2024
Sumber Berita: UKAS


SERIAN: Karnival Piala Dato Seri Roland Sagah Wee Inn, Prima Bidayuh Siri 3 2024 dijadualkan akan berlangsung pada 10, 11 dan 18 Ogos 2024.  

DUN Kedup telah terpilih selaku tuan rumah karnival yang akan disertai lapan pasukan daripada DUN Opar, Tasik Biru, Serumbu, Mambong, Tarat, Tebedu, Kedup dan Bukit Semuja.

Tiga padang telah dikenalpasti dijadikan venue iaitu Padang Bolesepak Geraja St Jude's, Bunan untuk kategori Veteran, Padang Bolesepak Kampung Mujat dan Padang SALCRA Kedup 2 untuk kategori belia.

Manakala perlawanan akhir pada 18 Ogos 2024 akan diadakan di Padang Gereja St. Jude's, Bunan.

Bagi menghadapi Karnival Piala Prima Bidayuh 2024, DUN Kedup sudah melakukan pelbagai persiapan yang perlu.

Sebagai menghargai segala usaha ahli jawatankuasa (AJK) karnival dan memberi galakan kepada pengurusan pasukan serta para pemain, telah diadakan satu perjumpaan di Pusat Operasi DUN N22 Kedup, Bunan. 

Simbolik penyerahan jersi pasukan telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak Datuk Martin Ben kepada pengurus dan ketua pasukan veteran, wanita dan belia.

Datuk Martin Ben dalam ucapan ringkasnya mengucapkan terima kasih di atas kerjasama dan segala komitmen telah ditunjukkan. 

Beliau berharap semangat yang ada terus dikekalkan dan beliau mengharapkan agar karnival kali ini sebolehnya adalah yang terbaik pernah diadakan. -EDISI UKAS