Program Ziarah Ramadan Santuni Asnaf Di Seruyuk

Disiarkan pada 05 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS


SEBUYAU: Program Ziarah Ramadan diteruskan lagi untuk mendekati golongan asnaf sempena Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri di Kampung Seruyuk, Sebuyau.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau, Dato Sri Julaihi Narawi telah menyempurnakan penyampaian sumbangan kepada seramai 13 asnaf di kampung itu pada Jumaat. 

Beliau berharap, sumbangan tersebut dapat meringankan beban penerima dalam melakukan persiapan menyambut Aidilfitri.

Dalam program yang sama, Dato Sri Julaihi turut mengagihkan sebanyak 200 bekas bubur pedas dan buah kurma kepada penduduk setempat. 

Turut hadir wakil Pegawai Daerah Sebuyau Tahir Putih, Ketua Masyarakat Kampung Seruyuk Umar Ismail, ahli-ahli jawatankuasa masjid dan para penerima. -EDISI UKAS