Premier Sarawak Imarahkan Majlis Sambutan Maal Hijrah Doa Akhir dan Awal Tahun 1446H

Disiarkan pada 07 Jul 2024
Sumber Berita: UKAS




KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg hadir menyerikan suasana Majlis Sambutan Maal Hijrah Doa Akhir Tahun 1444H dan Doa Awal Tahun 1445H Peringkat Negeri Sarawak di Masjid Jamek Kuching pada Sabtu.

Ketibaan Premier Sarawak turut disambut oleh Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi sekitar jam 6.20 petang.

Majlis tersebut bermula dengan bacaan doa akhir tahun dan awal tahun oleh Imam Besar Negeri Sarawak, Sahibul Fadilah Datuk Mustapha Kamal Ahmad Fauzi sebagai tanda kesyukuran dalam menghayati peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah.

Usai solat Maghrib, turut diadakan bacaan Yassin diikuti dengan Tazkirah Maal Hijrah yang bertajuk ‘Kelestarian Alam Sekitar Menurut Islam’ yang disampaikan oleh Mufti Sarawak, Sahibus Samahah Datu Kipli Yassin sebelum solat Isyak.

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Dato Sri Fadillah Yusof, Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan Menteri Tenaga & Kelestarian Alam Sekitar, Datuk Dr Hazland Abang Hipni, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan), Datu Dr Muhammad Abdullah Zaidel, Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datuk Misnu Taha dan Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak, Ustaz Mual Suaud.-EDISI UKAS