Masjid dan Surau Di Gedong Terima Sumbangan Ramadan

Disiarkan pada 05 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS


GEDONG: Sebanyak empat buah masjid dan 14 buah surau bagi Zon Gedong dan Zon Pangkor dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Gedong menerima sumbangan berjumlah RM40,000 secara keseluruhan daripada Pejabat Parlimen Rakyat Batang Sadong.

Penyerahan cek tersebut telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Batang Sadong Rodiyah Sapiee dalam satu majlis ringkas bertempat di Pusat Khidmat Rakyat Gedong pada Jumaat. 

Untuk rekod, setiap masjid menerima sumbangan sebanyak RM3,000 manakala surau menerima sumbangan sebanyak RM2,000 sempena bulan Ramadan.

Rodiyah turut berkesempatan menyampaikan kain pasang kepada dua buah persatuan iaitu Persatuan Wanita Kampung Lalang Mayak dan Persatuan Wanita Kampung Sungai Ba.

Hadir sama Pegawai Khas Kepada Ahli Parlimen Batang Sadong Idris Ibrahim, Penyelaras Tugas Khas di Pejabat Premier Sarawak Japar Mustapha, Naib Ketua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Gedong Ali Bujang, Ketua Pegerakan Wanita PBB Cawangan Gedong Hasanah Majais, Pemanca Abang Ronnie Abang Sa'adeli, Penghulu Adian Salleh serta pengerusi-pengerusi masjid. -EDISI UKAS