Rakyat Sarawak Miliki Tahap Toleransi Tinggi

Disiarkan pada 05 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS


LUNDU: Rakyat Sarawak memiliki tahap toleransi yang tinggi kerana berjaya mengekalkan keharmonian walaupun terdiri daripada latar belakang agama dan budaya yang berbeza. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar, Billy Sujang berkata keharmonian antara rakyat berbilang bangsa dan agama di negeri ini sering kali menjadikan Sarawak sebagai contoh sekiranya topik perpaduan dibicarakan. 

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam majlis pengagihan bubur lambuk anjuran Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) di Lundu pada Jumaat. 

Dalam majlis tersebut, Billy telah mengagihkan sebanyak 300 pek bubur lambuk kepada penduduk yang hadir di Masjid Darul Hidayah pada petang itu. 

Usai majlis tersebut, beliau berkesempatan menyantuni keluarga mendiang Mahat Tikun yang meninggal dunia pada 2 April lalu untuk menyampaikan bantuan.

Hadir sama Pemanca Allen Manium Enggang dan Ketua Kaum Kampung Jangkar Gehing Chuat. -EDISI UKAS