Yang di-Pertua Negeri Sarawak Serta Isteri Meriahkan Majlis Berbuka Puasa PDRM Kontinjen Sarawak

Disiarkan pada 05 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi memeriahkan Majlis Berbuka Puasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sarawak pada Jumaat. 

 

Ketibaan Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi pada jam 6.40 petang disambut oleh Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato Mancha Ata dan Timbalannya Datuk Ibrahim Darus di Masjid Al-Mujahiddin Kompleks Perumahan Polis Tabuan Jaya. 

 

Majlis tersebut turut dihadiri Pegawai Kanan, Pegawai Rendah Polis, Pegawai Awam PDRM Kontinjen Sarawak serta Ketua-Ketua Polis Daerah yang berdekatan bagi mengimarahkan lagi majlis tersebut. 

 

Ia dimulakan dengan bacaan ayat Al-Quran oleh Qari Nordin Putit dan seterusnya berbuka secara ringan kemudiannya diteruskan dengan solat fardhu Maghrib secara berjemaah. 

 

Selesai solat Maghrib, dif-dif kehormat dan tetamu yang hadir dijamukan dengan hidangan makan malam. 

 

Majlis diteruskan dengan solat fardhu Isyak dan sunat Tarawih berjemaah.-EDISI UKAS