Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Terima Kunjungan Hormat Daripada BPHB

Disiarkan pada 05 Jul 2024
Sumber Berita: UKAS








KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi menerima kunjungan hormat daripada Pengurusan Tertinggi Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB) di Astana Negeri Sarawak, pada Jumaat.

Lawatan yang diketuai oleh ahli Lembaga Pengarahnya, Dato Sri Fong Joo Chung itu bertujuan untuk bertemu Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi buat kali pertama sejak dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak ke-8.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif BPHB, Ruslan Abdul Ghani dan Pengurus Kanan Kumpulan Perkhidmatan Korporat BPHB, Maslihah Tioh.

Ahli-Ahli Lembaga Pengarah BPHB yang hadir semasa kunjungan hormat itu ialah Datu Hasmawati Sapawi, Dato' Sharifah Halimah Tuanku Taha, Datuk Dayang Sadiah Abg Bohan, Mohamed Syazwan Abdullah, Dr. Salihin Abang, Dato' Zamzuri Abg Bohan dan Ahmad Fauzi Bin Sungip.-EDISI UKAS