Projek Naik Taraf Jeti Di Bintangor Siap

Disiarkan pada 05 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS




BINTANGOR: Projek menaik taraf jeti di Off Jalan Maju Bintangor telah disiapkan sepenuhnya.

 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong Datuk Ding Kuong Hiing berkata, projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) bernilai RM70,000 itu siap lebih awal dari jadual iaitu pada 15 Mei 2024.

 

“Setiap pelaksanaan projek RTP membuktikan kesungguhan Kerajaan Sarawak untuk memastikan rakyat hidup dalam keadaan makmur dan sejahtera. 

 

“Yang paling penting adalah ianya dapat memberi keselesaan dan manfaat kepada para pengguna jeti tersebut terutamanya di konstituensi Meradong,” jelasnya pada majlis penyerahan tapak projek RTP di Bintangor pada Jumaat.

 

Dalam pada itu, penduduk sekitar merakamkan penghargaan terhadap Kerajaan Sarawak dan ADUN Meradong atas projek menaik taraf jeti yang amat penting kepada pengguna perahu untuk menjalankan aktiviti harian. 

 

Turut hadir ialah Penolong Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Sarikei Ismawadi Iman. -EDISI UKAS