Persiapan Majlis Berbuka Puasa Daerah Gedong Berjalan Lancar

Disiarkan pada 05 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS


GEDONG: Persiapan Majlis Berbuka Puasa Daerah Gedong dijadual berlangsung pada Sabtu ini berjalan dengan lancar.

Persiapan pada Jumaat ini adalah bagi memastikan kelancaran program dan memberi gambaran sepenuhnya perjalanan program yang akan dilaksanakan mengikut aturcara yang telah disediakan oleh pihak urusetia.

Pada Sabtu ini nanti, Premier Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gedong Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg serta isteri Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang akan hadir bagi memeriahkan lagi majlis tersebut. -EDISI UKAS