Pusat Servis Sarawak Betong Mula Beroperasi 1 Julai 2024

Posted on 04 Jul 2024
Source of News: UKAS







BETONG: Pusat Servis Sarawak (PSS) bahagian Betong telah mula beroperasi pada 1 Julai 2024 dan menyediakan kemudahan untuk komuniti setempat.

PSS adalah inisiatif transformasi penyampaian perkhidmatan sehenti oleh Kerajaan Sarawak yang mesra rakyat, di mana perkhidmatan disediakan melalui pelbagai saluran seperti kaunter, aplikasi mudah alih, portal rasmi dan e-kiosk.

Unit Digitalisasi Perkhidmatan Awam Sarawak memaklumkan, PSS telah beroperasi di lima bahagian iaitu Kuching, Serian, Sri Aman, Sibu dan Miri. 

PSS Betong merupakan pusat PSS yang keenam di Sarawak.

Antara perkhidmatan yang disediakan oleh PSS termasuk pembayaran bil air, elektrik, cukai taksiran, Sarawak Gas, bayaran balik pinjaman perumahan kepada Perbadanan Pembangunan Perumahan Sarawak (HDC) dan sewa tanah.

PSS Betong beroperasi dari Isnin hingga Jumaat dan ditutup pada Sabtu, Ahad dan cuti umum. –EDISI UKAS