Tapak Pelupusan Sampah Baharu Dibina Di Kampung Siruk

Disiarkan pada 05 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS


BAU: Satu tapak pelupusan sampah baharu akan dibina di Kampung Siruk bagi menggantikan tapak yang lama terletak di Kampung Skiat Lama.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak (Sungai dan Laut) Dato Henry Harry Jinep dalam satu sesi dialog bersama penduduk pada Khamis.

Sesi dialog yang diadakan itu bertujuan membawa kedua-dua agensi berkenaan bagi menjelaskan isu berkaitan tapak pelupusan sampah di kampung tersebut.

Program tersebut turut disertai Setiausaha Majlis Daerah Bau (MDB) Ong Chin Ping dan Setiausaha Majlis Daerah Lundu (MDL) Norashikin Brahim.

Hadir sama Pegawai Daerah Bau merangkap Pengerusi MDB Constantine Gerald David Jonas, Timbalan Pengerusi MDB William Ding dan Ketua Kaum Kampung Skiat Lama Pitah Ahien. -EDISI UKAS