22 Asnaf Kampung Plaie Terima Sumbangan

Disiarkan pada 05 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS

KOTA SAMARAHAN: Seramai 22 asnaf menerima sumbangan barangan asas dan kewangan sempena program Jalinan Kasih Asnaf Kampung Plaie, Kota Samarahan anjuran Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak pada Khamis.

 

Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik Dan Antarabangsa merangkap Rektor UiTM Cawangan Sarawak Prof. Madya Ts. ChM. Dr. Mohammad Isa Mohamadin telah hadir menyempurnakan program tersebut.

 

Program itu merupakan tanggungjawab sosial UiTM Cawangan Sarawak yang komited untuk terus terlibat dalam inisiatif komuniti yang memberi impak dan menghayati nilai-nilai kasih sayang, empati dan perpaduan. -EDISI UKAS