200 Penerima Sumbangan Hari Raya Aidilfitri Di Sebuyau

Disiarkan pada 05 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS



SEBUYAU: Seramai 200 orang penerima dari 22 kampung bagi kawasan Sebuyau menerima sumbangan sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.

 

Ahli Parlimen Batang Lupar Mohamad Shafizan Kepli telah menyampaikan sumbangan tersebut di Masjid Al-Muflihin di sini pada Khamis.

 

Katanya, sumbangan ini bertujuan membantu mereka membuat persiapan raya yang akan tiba tidak lama lagi.

 

Penerima terdiri daripada golongan asnaf, penerima zakat, saudara baru dan yang memerlukan telah menerima sehelai sejadah dan wang tunai RM100 masing-masing bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri yang menjelang tiba.

 

Turut hadir ialah Pegawai Daerah Sebuyau Ayuradiman Bujang dan Penghulu Abu Seman Suhaili. -EDISI UKAS