Aktiviti Pengagihan Bubur Lambuk Eratkan Hubungan Silaturahim

Disiarkan pada 05 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS



SERIAN: Aktiviti pengagihan bubur lambuk mampu mengeratkan hubungan silaturahim antara masyarakat.

 

Ahli Parlimen Serian Dato Sri Richard Riot Jaem berkata, semangat perpaduan dan kebersamaan dalam menjayakan sesuatu program akan membuahkan hasil yang baik. 

 

Beliau berkata demikian pada Program Setulus Kasih Ramadan Persatuan Penyewa Arked Mara (BAPAMAS) Pengagihan Bubur Lambuk di Arked MARA Serian di sini pada Khamis. 

 

Sebanyak 300 pek bubur lambuk telah diagihkan oleh BAPAMAS bersama Dato Sri Richard Riot kepada penduduk Serian sekitar. 

 

Dalam pada itu, beliau memuji semangat perpaduan dan kerjasama penyewa-penyewa yang terdiri daripada pelbagai kaum dalam menyediakan bubur lambuk.

 

Hadir sama Pengarah MARA Negeri Sarawak A. Razu Abdul Razak, Timbalan Pengarah (Pembangunan) Mara Negeri Abdul Manup Tahir, Residen Bahagian Serian Caroline Cleophas Joseph, Pegawai Daerah Serian Inting Nyami, Setiausaha Majlis Daerah Serian Tay Guan Huat dan Pengerusi Persatuan Penyewa MARA Serian Mahyan Affendi. -EDISI UKAS